Wujudkan kumpulan WhatsApp, Telegram di sekolah
PONTIAN 8 Mac – Setiap sekolah di Benut, dekat sini dicadangkan membentuk kumpulan WhatsApp atau
Telegram disertai guru dan ibu bapa pelajar bertujuan memudahkan
penyampaian maklumat atau memberitahu sebarang perkara yang berlaku di
sekolah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Benut, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, penubuhan kumpulan aplikasi
sosial itu wajar kerana lebih pantas, berkesan dan selari tuntutan
zaman.
“Kumpulan media sosial seperti
WhatsApp atau Telegram seperti ini akan memaklumkan segala perkembangan
yang berlaku di sekolah, dalam bilik darjah dan sebagainya.
“Keadaan ini berbeza 20 atau 30 tahun yang lalu,
ibu bapa hanya mendapat tahu aktiviti atau program di sekolah melalui
surat siaran yang diberikan kepada anak masing-masing,”katanya.
Beliau
berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Pontian kali ke-28, di
sini baru-baru ini.
Yang turut hadir Guru
Besar SK Bandar Pontian, Buhari Japri, Yang Dipertua PIBG SK Bandar
Pontian, Hasrunizah Hassan dan Naib Yang Dipertua PIBG sekolah tersebut,
Mohd. Ezral Abd. Jabar.
Hasni berkata,
terpulang kepada pentadbir sekolah untuk membuat keputusan tetapi mereka
harus sedar media sosial kini menjadi sebahagian alat komunikasi yang
penting ketika ini. Sementara itu, beliau berkata, bagi ibu bapa yang
mahu memberikan pandangan mereka boleh berbuat demikian menerusi saluran
seperti Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB).
Jelasnya,
saluran itu akan memberikan lebih ruang untuk berinterkasi, bertukar
pandangan dan pendapat demi kebaikan antara pihak sekolah dan ibu bapa
pelajar.
“Contohnya isu koperasi sekolah,
kelas tambahan, waktu tamat persekolahan dan keselamatan pelajar yang
dibangkitkan ibu bapa menunjukkan keperihatinan mereka terhadap sekolah.
“Walaupun
kecil pada pandangan kita, ibu bapa merasakan perkara itu perlu
diberikan perhatian supaya persoalan dibangkitkan dapat diselesaikan,”
ujarnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar