Karnival Pendidikan Mara 2017 terus jadi pilihan
KUALA
LUMPUR 7 Mac – Karnival Pendidikan Mara 2017 terus menjadi pilihan
golongan pelajar terutama lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi
mendapatkan maklumat mengenai pelbagai tawaran pengajian oleh
institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.
|
NUR FARISSA
|
Seorang pengunjung, Nur Farissa Ahmad Suzaimi,
18, berkata, karnival tersebut memberinya peluang untuk mengetahui
dengan lebih lanjut mengenai tawaran pengajian dan faedah yang boleh
didapati untuk kemudahannya.
“Sebelum ini saya lebih banyak mencari maklumat
mengenai universiti menerusi Internet tapi dengan adanya Karnival
Pendidikan Mara 2017, saya berpeluang bercakap secara terus dengan pihak
berkaitan dan bertanya pelbagai soalan.
“Saya berminat untuk menyambung pengajian dalam
bidang perubatan dan berharap dapat membuat keputusan untuk memasuki
universiti mana selepas mengunjungi karnival ini,” katanya ketika
ditemui Utusan Malaysia di Karnival Pendidikan Mara 2017 di sini hari
ini.
Karnival yang dianjurkan dengan kerjasama Utusan
Malaysia itu berlangsung selama dua hari bermula hari ini melibatkan
lebih 100 gerai pameran daripada institusi pendidikan Mara dan pelbagai
IPT lain.
|
MUHAMMAD AIMAN
|
Seorang lagi pengunjung, Muhammad Aiman Shafiee,
20, pula menyatakan karnival tersebut perlu diadakan secara berterusan
memandangkan semakin banyak IPT yang wujud di seluruh negara.
“Karnival ini memberi pendedahan dan sebagai
‘alert’ kepada golongan pelajar untuk tahu tentang tawaran pengajian
yang dibuat oleh pelbagai IPT.
“Pada masa akan datang lebih banyak IPT bakal ditubuhkan dan penganjuran karnival ini merupakan pendekatan terbaik,” ujarnya.
Dalam pada itu, Pengurus Jabatan Pemasaran Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Mohd. Suzairy Shairy berkata, penganjuran kali ini lebih meriah berbanding tahun lepas dan jumlah pengunjung juga dijangka meningkat.
“Karnival pendidikan ini memberi kami peluang
untuk mempromosi tawaran pengajian di universiti kami dengan faedah dan
mutu pendidikan yang terbaik,” katanya.
Penolong Pengurus Pemasaran Antarabangsa dan Jabatan Pendidikan Institut Latihan dan Pendidikan Ranaco, Wan Abdul Harith A. Halim
pula memberitahu, golongan pelajar perlu tahu secara terus mengenai
tawaran pengajian yang dibuat oleh IPT sekali gus membantu mereka
membuat keputusan.
“Melalui karnival ini, kakitangan IPT dapat
memberi penerangan dengan lebih jelas dan mudah difahami oleh pelajar,
sekali gus membantu mereka membuat keputusan untuk menyambung belajar
di tempat yang sesuai,” jelasnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar